Waifu kena warded sebab minor kes dengan baby. So start semalam, papa jadi single father jap jaga Hana. Selalunya kerja rumah ni mainly mama yang buat. Kali ni papa kena buat semua sorang-sorang.
Seriously, papa memang panik la jawab dia. 🤣
Mama warded tengah hari semalam, todo list papa yang first as a single father is pergi amik Hana kat nursery. Balik-balik rumah ja, terus contact mama tanya kena buat apa. Tak dan start apa-apa pun lagi.
Hana dia dah ada rutin sendiri lepas balik rumah sampai tidur. Kalau tak ikut rutin ni, selalunya malam tak tidur lena.
- Balik rumah ja pertama sekali pergi tandas.
- Main / baca buku / tengok tv
- masa ni, papa kena basuh bekal makan
- cek beg Hana sebab kadang-kadang ada notis dari nursery
- basuh apron Hana yang diguna di nursery
- sediakan makan malam dan bekal untuk esok
- pukul 6 petang, mandi
- makan / berus gigi
- main
- pukul 8.30 malam, pergi katil dan baca buku
- tidur
Untuk makan malam, mama dah optimized dah menu. Iaitu masak siap-siap untuk bekal Hana esok hari.
Sebetulnya, nursery di Jepun ni dah sediakan makan. Dan mestilah tak guna bahan Halal. Jadi atas budi bicara pihak nursery, diorang benarkan untuk bawak bekal sendiri. Disebabkan kami kalau boleh nak Hana makan sama macam kawan-kawan dia, kami mintak menu tiap-tiap bulan dari pihak nursery, dan kami masak sendiri menu yang sama cuma kami gunakan bahan yang halal of course lah.
Makanan pun mestilah makanan Jepun, papa mana reti masak makanan Jepun, jadi mama dah sediakan resipi untuk papa. Untuk mudahkan papa, mama pos resepi tuh di instagram macam ni. 🤣
Tak kira sementara nak sedia makan tu Hana pun nak potong jugak lah, nak masak jugak lah. Sambil-sambil nak tengok tv lah. So memang kena sabar. Dah la papa nak masak pun terkial-kial sambil nak jaga Hana lagi. pergghhh perit🤣 . Nih papa share video masak dengan Hana macam mana. Ini pun control hensem boleh la nampak macam senang.
Tu jelah untuk hari ni. Nanti papa update pulak lepas makan jadi apa. Fuuuhhhh
ママすごっ笑
Comment